Thursday, 21 July 2016

Nasi Tomato


Bahan-bahan untuk membuat nasi tomato:
1.Tomato (dicincang dadu)
2.Tomato Puree (satu tin kecil)
3.Halia (dikisar halus)
4.Bawang Besar dipotong Dadu (2 Labu)
5.Minyak Masak
6.Marjerin
7.Rempah Tumis
8.8 pot Beras
9.Sedikit Daun Pandan.
10.Sedikit air
11.Garam
12.Serbuk Perasa

Cara-Cara Memasak Nasi Tomato:
1.Panaskan sedikit minyak masak di campur dengan Marjerin.
2.Setelah panas,masukkan rempah tumis.
2.Selepas itu,masukkan pula halia dan bawang besar sehingga naik bau.
3.kemudian masukkan tomato yang dipotong dadu dan sedikit air bagi membolehkan tomato tadi sedikit hancur,garam dan sedikit serbuk perasa.
4.Masukkan pula tomato puree.
5.masak sampai pes untuk nasi tomato tadi sedikit hancur.
6.setelah pes tadi kelihatan hancur masukkan pula beras yang telah dicuci ke dalam pes tadi.
7.Masukkan pula air mengikut sukatan beras dan daun pandan.
8.Tunggu Nasi Tomato tadi sehingga masak.

Boleh dihidangkan bersama-sama Ayam Masak Merah Madu, Rendang Daging, Kari Ayam, Acar Nenas dan lain-lain mengikut kesesuaian citarasa anda.

Ayam Masak Merah Madu


Bahan-Bahan untuk Membuat Ayam Masak Merah Madu:
1.Ayam yang telah digoreng.
2.Halia (dikisar)
3.Bawang Putih 1 Labu dan Bawang Merah 2 Labu dikisar bersama
4.2 camca besar Madu
5.Sos Tomato
6.Cili kering dikisar
7.Sedikit Minyak Masak
8.Bawang Besar,Cili Hijau dan Cili Merah (sekadar hiasan)
9.Garam
10.Serbuk Perasa
11.Gula
12.Air

Cara-Cara Memasak Ayam Masak Merah Madu:
1.Panaskan Minyak
2.Tumiskan bawang putih,bawang merah dan halia yang dikisar sehingga naik bau.
3.kemudian masukkan cili kisar.
4.kacau sampai kelihatan garing dan naik bau.
5.masukkan sos tomato dan madu,sedikit serbuk perasa,gula,garam dan air.
6.masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
7.gaul sehingga sebati.
8.Akhir sekali Bawang Besar,Cili Hijau dan Cili Merah untuk hiasan hidangan ayam masak merah madu tadi.

Nasi Ayam Terengganu


Bahan Nasi Ayam:

Beras 3 pot
Ayam 1 ekor - asing sedikit bahagian tulang untuk dibuat sup.
1 inci halia (Mayang)
3 ulas bawang putih (Mayang)
4 ulas bawang merah (Mayang)
1 sb Majerin
Daun Pandan
Garam

Ulam:
Tomato
Salad
Timun

Cara:

1.Sukat air 3 1/2 pot masukkan ayam, halia hempap dan garam. Didih smpai ayam masak. 2.Keluarkan ayam dalam bekas untuk di perap dan tutup api.
3.Basuh beras masuk dlm periuk nasi.
4.Dalam periuk lain, masukkan bahan yang di mayang. Tumis bahan mayang dgn majerin. 5.Masuk 1 senduk air ayam tadi sedikit. Curah kesemua ke dlm periuk nasi dan curah bersama lebihan air didihan air ayam tadi.
6.Rasakan garam nasi. Masukkan sehelai daun pandan untuk membangkitkan bau. Masak nasi seperti biasa.

Ayam Perap Kicap
Bahan:
2 inci halia (ditumbuk)
Kicap manis
Garam

Cara:
Ayam yang dikeluarkan tadi digaulkan bersama kicap, halia dan sedikit garam. Perap 30min - 1 jam dan goreng

Sup ayam
Rebus tulang ayam. Letak 1 inci halia yang diketuk dan garam. Setelah mendidih, masukkan lada sulah dan daun bawang.

Sos Cili Nasi Ayam
Bahan:
4 biji cili merah (buang biji)
1 biji cili api
2 ulas bawang putih
2cm halia

Cara:
Blend letak cuka, garam, gula. Lebihkan gula supaya rasa manis sedikit.

Kuah Kicap Nasi Ayam


Sup Ayam + Kicap manis (jangan terlalu banyak - rasa)

Sedia untuk dihidangkan bersama ulaman seperti tomato, salad dan timun.

Wednesday, 20 July 2016

Sayur Labu Air Masak Pedas Terengganu


Bahan:
Labu Air (dibuang kulit di belah 2 dan di potong 1/2 inci)
1 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya dan di tumbuk)
Lada hitam (tumbuk)
3 biji bawang merah (tumbuk)
2 biji bawang putih (tumbuk)
Daun Kesum
Garam


Cara:
Ambil isi dan tumbuk bersama bawang merah & putih dan lada hitam.
Masukkan semua kedalam periuk dan masukkan air beserta labu air.
Biar mendidih. Rasakan garam dam masukkan daun kesum.
Tutup guna penutup periuk. Nanti labu akan masak sendiri menggunakan wap yg ada.


Nota: Sedap dimakan bersama ikan goreng dan sambal belacan.

Ikan Selayang Goreng Garing
Bahan:
5 ekor Ikan Selayang
Kunyit Serbuk
Cili boh Terengganu
Garam

Cara:
Gaul ikan selayang dengan kunyit dan cili boh. Letakkan sedikit garam. Gaul rata dan goreng garing.

Sup Tulang Terengganu


Bahan:
1/2 kg Daging Lembu
1 kg Tulang Lembu
2 inci halia (diketuk)
4 ulas bawang putih (diketuk)
Basuh daging /tulang dengan tepung utk hilang hanyir
3 biji Kentang (dibuang kulit)
Lada Hitam - Tumbuk dan letak sedikit air
2 sudu rempah sup adabi (campur sedikit air)
Garam
Ajinamoto/ Perasa
Bawang Goreng
Daun Sup


Cara:
1.Masukkan halia dan bawang putih kedalam periuk. Masukkan daging beserta air. Renihkan.
2.Masukkan kentang renih bersama smpai kentang empuk.
3.Tumbuk lada hitam ambil airnya. Tapis ke dalam sup
4.Keluarkan kentang yg empuk, belah 6.
5.Setelah daging empuk, masukkan rempah sup, rasakan garam dan ajinamoto.
6.Masukkan bawang goreng dgn daun sup sebelum tutup api.


Makan bersama cuka sup.

Cara cuka sup:

3 biji cili merah
4 ulas bawang putih
2 sudu Gula
1 sudu Cuka

Blend dan rasa.

Singgang ikan terengganu yang simple tapi sedap!


Bahan:
3 ulas Bawang merah
2 ulas bawang putih
3 hiris Lengkuas
1/2 inci Kunyit
3 ekor ikan selayang
Asam Keping
5 bijCili Api
Garam
Daun Kesum


Cara:
Mayang semua bahan di atas masukkan dlm periuk dan reneh
Mendidih, masukkan ikan, asam keping dan rasakan garam. Last sekali masukkan daun kesum.

Singgang Pedas Terengganu


Bahan:
3 biji Bawang merah
2 biji Bawang putih
1/2 inci Lengkuas
1/2 inci Kunyit
2 ekor Ikan Kerisi
1 sb cili boh Terengganu

Sedikit daun kesum
Asam Keping
Garam
Belacan Terengganu

Cara:
Tumbuk semua bahan diatas. Masuk dalam periuk dan letakkan sedikit air, cili boh, belacan dan reneh.
Menggelegak, masukkan ikan, masukkan asam keping, garam dan last sekali daun kesum.