Thursday 21 July 2016

Nasi Tomato


Bahan-bahan untuk membuat nasi tomato:
1.Tomato (dicincang dadu)
2.Tomato Puree (satu tin kecil)
3.Halia (dikisar halus)
4.Bawang Besar dipotong Dadu (2 Labu)
5.Minyak Masak
6.Marjerin
7.Rempah Tumis
8.8 pot Beras
9.Sedikit Daun Pandan.
10.Sedikit air
11.Garam
12.Serbuk Perasa

Cara-Cara Memasak Nasi Tomato:
1.Panaskan sedikit minyak masak di campur dengan Marjerin.
2.Setelah panas,masukkan rempah tumis.
2.Selepas itu,masukkan pula halia dan bawang besar sehingga naik bau.
3.kemudian masukkan tomato yang dipotong dadu dan sedikit air bagi membolehkan tomato tadi sedikit hancur,garam dan sedikit serbuk perasa.
4.Masukkan pula tomato puree.
5.masak sampai pes untuk nasi tomato tadi sedikit hancur.
6.setelah pes tadi kelihatan hancur masukkan pula beras yang telah dicuci ke dalam pes tadi.
7.Masukkan pula air mengikut sukatan beras dan daun pandan.
8.Tunggu Nasi Tomato tadi sehingga masak.

Boleh dihidangkan bersama-sama Ayam Masak Merah Madu, Rendang Daging, Kari Ayam, Acar Nenas dan lain-lain mengikut kesesuaian citarasa anda.

No comments:

Post a Comment