Wednesday 20 July 2016

Rojak Kuah Kacang Pujaan Hati


Bahan Kuih Rojak:

1kg Tepung Gandum
1kg taugeh
Air Garam (garam kasar)
1/2 sb baking powder
1kg udang merah (Laut)

Cara:
1.Gaul baking powder dalam tepung gandum.

2.Gaul adunan tepung dengan taugeh. Masukkan air garam sedikit demi sedikit supaya tidak terlalu lembik.

3.Ambil segenggam kuih rujak dan letakkan 1 ekor udang semasa hendak menggoreng.

4.Potong 4 kuih rojak bersama2 bahan2 sayur lain.

Nota: Jika suka boleh tambahkan cili merah dan daun bawang untuk menaikkan seri kuih rojak.

Bahan Sayur Rojak:
1 biji Sengkuang di potong jejari
1/2 kg Taugeh
2 biji Timun di potong jejari
4 biji Kentang direbus
Perahan Limau 

Bahan Kuah Kacang Rojak:
1kg Kacang tanah
2 botol sos cili
1/2 botol kicap masin
1/2 botol kicap pekat
1 tin biskut lemak
Gula

Cara Kuah Kacang:
Goreng kacang tanah dengan sedikit minyak dan blend. Pecahkan biskut dan blend juga. Gaul kesemua bahan dan masukkan sos cili, kicap pekat, kicap masin dan gula. Imbangkan rasa. 

Selamat mencuba!





No comments:

Post a Comment