Wednesday 20 July 2016

Nasi Minyak Terengganu


Bahan:

Beras mesti direndam 3 jam / semalaman sblm dimasak dan di toskan (Guna Basmathi)
4 pot beras
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cengkih
Buah Pelaga
Halia sebesar ibu jari kaki(blend)
5 ulas bawang besar(blend)
3 ulas bawang putin (blend)
1 labu bawang besar(potong dadu)
2 sudu susu pekat
2 sudu planta
1 ½ sudu minyak masak
1 biji buah tomato dipotong dadu
Pewarna Merah


Cara:

1.Masukkan 2 sudu besar planta dan 1 ½ sudu minyak masak dalam periuk

2.Tumis rempah kasar, bawang mesin & bawang besar hingga naik bau. Masukkan air ikut sukatan beras(4 pot + 1 ½ pot extra air)

3.Masukkan sos tomato ½ senduk, susu pekat 2 sudu dalam air tadi dan tomato dipotong dadu.

4.Isi garam secukup rasa, gula, daun pandan. Biar air mendidih. Rasa kuah secukup rasa baru masukkan beras yg ditoskan.

5.Masak sahaja nasi,buka periuk dan masukkan pewarna merah sedikit di atas nasi dan tutup selama 5 minit (tak nak letak pun tak apa ini hanya untuk mencantikkan persembahan nasi sahaja)

Sesuai dimakan bersama papedom, acar timun, gulai@ kari daging atau ayam masak merah.

Klik link untuk resepi:

Acar Timun
Gulai Terengganu
Kari Daging
Ayam Masak Merah Bonda

No comments:

Post a Comment