Sunday, 29 November 2015

Waffle Garing Diluar Lembut Didalam


Masa Penyediaan: 20 minit

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
3 1/2 sudu kecil baking powder
2 biji telur- asingkan kuning dan putih telur
1 1/2 cawan susu segar
1 cawan/ 125gm butter- cairkan
1 sudu kecil esen vanilla

**Topping mengikut citarasa seperti syrup, cokla, peanut, strawberry jam, pisang, ais krim dan lain-lain.

Cara Penyediaan:
1) Di dalam mangkuk besar campurkan tepung, gula dan baking powder.
2) Di dalam mangkuk kecil pukul telur kuning dan masukkan susu, butter dan esen vanilla. Kacau sebati dan curahkan kedalam adunan  tepung tadi dan kacau lagi.
3) Pukul telur putih sehingga kembang dan masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau sehingga sebati.
4) Panaskan waffle maker dan letakkan minyak dengan menggunakan berus atau tisu.
5) Sendukkan waffle sehingga 3/4 ketinggian waffle maker dan tutup. masak sehingga garing.

Selamat mencuba!

Mencari waffle maker?? Saya gunakan yang ini. suhunya boleh di laras mengikut kekuningan yang di kehendaki.


q

No comments:

Post a Comment