Sunday, 29 November 2015

Pancake Gebu


Masa Penyediaan: 15 minit

Bahan-bahan: 
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan susu segar
2 sudu besar butter di cairkan/ minyak masak
1 biji telur ayam
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil vanilla

*Topping boleh dipilih mengikut selera:
Butter, mapple syrup, gula icing, madu, jams, whipped cream atau chocolate syrup.

Cara Penyediaan:
1) Cairkan butter/ guna minyak masak
2) Di dalam mangkuk kecil gaul sebati tepung gandum, gula, baking powder dan garam. 
3) Di dalam mangkuk sederhana pula kacau susu, butter/ minyak masak, vanilla dan telur. Masukkan adunan tepung tadi dan kacau rata. Jangan terlebih kacau kerana akan mengganggu tekstur adunan. Sedikit butir-butir kecil tidak mengapa.
4) Panaskan kuali pancake dengan meletakkan sedikit minyak menggunakan berus atau tisu. Sendukkan 2-3 sudu besar adunan ke atas kuali pancake dan ratakan. Masak sehingga kekuningan.
5) Sedia untuk di makan bersama topping yang anda suka. Saya gunakan mapple syrup dan butter.

Selamat mencuba!

Lihat resepi asal di sini.

No comments:

Post a Comment