Sunday, 29 November 2015

Mini Donut Gebu Gebas


Masa Penyediaan: 2 jam

Bahan A:
5 cawan tepung gandum
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil softerner
3 sudu besar majerin
3 sudu besar gula

Bahan B:
3 sudu kecil yis mauripan
1 sudu besar gula
1/2 cawan air suam

*1 cawan air untuk menguli doh

Cara Penyediaan:
1) Di dalam mangkuk adunan, gaul semua bahan A secara kering sehingga sebati.
1) Di dalam mangukuk kecil masukkan gula dan yis kemudian masukkan air suam (tarikkan)
2) Tunggu bahan B berbuih dalam masa 5 minit
3) Campurkan Bahan B ke dalam Bahan A dan 1 cawan air lagi untuk jadikan tepung doh.
4) Uli selama 15 minit, tutup doh dengan kain dan perap selama 1 jam. 
5) Setelah doh naik, uli lagi 15 minit dan tekap menggunakan acuan bulat kecil.
6) Setelah tekap, biar selama 5 minit sebelum digoreng sehingga kekuningan.
7) Toskan dan gaul bersama gula castor atau letakkan filling kastad/ vanilla.

**kebiasaan saya akan mendapat 60 biji mini donut. Goreng kekuningan yang ingin di makan sahajam selebihnya anda boleh goreng dengan api sederhana untuk membuat frozen donut. Biarkan sejuk dan masukkan kedalam plastik dan sedia untuk disejuk beku.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment