Sunday, 29 November 2015

Churros Kekal Garing Diluar Lembut Didalam


Masa Penyediaan: 30 minit

Bahan-Bahan:
1/2 cawan/ 125gm butter
2 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam
1 cawan tepung gandum
3 biji telur ayam (L)
Minyak masak
1 cawan air
1 sudu kecil vanila

Bahan Hiasan Cinnamon Sugar:
3 sudu besar gula kastor
2 sudu kecil serbuk kayu manis

Bahan Chocolate Dip:
Coklat masakan
Shortening

Cara Penyediaan Churros:
1) Didalam periuk sedang, campurkan 1 cawan air, butter, gula, vanila dan garam. Renih sehingga butter cair dan sebati.
2) Perlahankan api dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan teruskan kacau untuk elakkan berketul.
3) Padamkan api dan pindahkan adunan tepung tadi ke dalam mangkuk adunan. Sejukkan seketika.
4) Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sehingga sebati.
5) Masukkan kedalam piping bag yang nosel berbentuk bintang.
6) Panaskan minyak, pipe sedikit adunan ke dalam kuali untuk memastikan kuali cukup panas.
7) Pipekan adunan sepanjang 4-5 inci kedalam minyak. Terbalikkan untuk memberikan masak dengan garing dan kekuningan sekata.
8) Angkat dan tos kan kedalam pinggan.

Cara Penyediaan Cinnamon Sugar:
1) Campurkan gula castor dan serbuk cinnamon dan kacau serata.
2) Sedia untuk di gaulkan bersama churros dan hidang!
*boleh juga tanpa cinnamon- castor sugar shj

Cara Penyediaan Chocolate Dip:
1) Sediakan satu periuk besar berisi 1/4 air dan didihkan
2) Ambil sedikit coklat masakan dan masukkan kedalam periuk yang lebih kecik. Periuk mesti muat periuk pertama tadi. (Doublr boil)
3) kacau sehingga coklat cair sepenuhnya dan masukkan sesudu kecil shortening dan kacau lagi.
4) Sedia untuk di hidangkan bersama churros.

Lihat resepi asal di sini.

No comments:

Post a Comment