Sunday, 29 November 2015

Butter Prawn Berkerak Halus


Masa Penyediaan: 20 minit
Sukatan: 3-4 orang

Bahan-bahan:
800gm udang- belah belakang
9 sudu besar butter
1 batang daun kari
2 sudu besar bawang putih- cincang
4 biji telur kuning sahaja- dipukul
1 biji cili merah di hiris nipis- untuk hiasan
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
1) Panaskan 3 sudu besar butter dalam kuali dan goreng udang dan ketepikan.
2) Tambah lagi 6 sudu besar butter dalam kuali yang sama, panaskan. 
3) Masukkan daun kari sehingga berbau harum kemudian masukkan bawang putih
4) Masukkan telur kuning kedalam kuali dari aras tinggi secara berterusan dan gaul. Lagi tinggi, lagi halus kerak yang akan terhasil. Saya gunakan acuan roti jala.
5) Setelah selesai, masukkan semula udang tadi dan gaul sekejap dan sedia untuk di hidang.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment