Sunday 29 November 2015

Paprik Ayam Ala Thai


Masa Penyediaan: 20 minit

Bahan-bahan:
2 keping dada ayam- dihiris nipis
2 ulas bawang putih- hiris
2 ulas bawang merah- hiris
1/2 inci halia- hiris halus
1/2 labu bawang holland- belah memanjang
1 biji cili merah- hiris serong
4 biji cili padi- ketuk
1 batang serai- ketuk
2 helai daun limau purut
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit garam
1/2 cawan air

Cara Penyediaan:
1) Panaskan minyak, goreng hirisan ayam sehingga berubah warna menjadi keoutihan. Tos dan ketepikan.
2) Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau.
3) masukkan cili kisar dan tumus sehingga pecah minyak
4) Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit kicap. Masukkan isi ayam yang di goreng tadi gaul hingga rata.
5) Masukkan air, serai dan daun limau purut. Biar merenih, perasakan dengan garam.
6) Masukkan bawang besar dan hirisan sayur. Tambah sedikit air sekiranya kuah agak pekat.Masak sehingga sayuran empuk.
7) Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment