Sunday, 29 November 2015

Tom Yam Putih Original Thai Tanpa Paste


Masa Penyediaan: 20 minit

Bahan-bahan:
200 gm Udang- belah belakang
2 batang Serai- diketuk
Daun limau purut
2 biji tomato- potong 4
2 labu bawang besar- potong 4
5 biji Cili padi- ketuk
Lengkuas- 3 Hiris
Lobak merah dihiris tebal -optional saya tak letak*
Cauliflower- di potong kecil- optional saya tak letak*
Cendawan- optional saya tak letak*
Perahan Lemon- ikut tahap suka masam mana
Garam
2 tangkai daun ketumbar- potong 1 inci

Cara Penyediaan:
1) Masukkan lengkuas, serai dan air. Didihkan
2) Masukkan bawang, cili api dan sekiranya ada sayuran seperti di atas (optional)
3) Masukkan udang, perahan limau, tomato dan garam secukup rasa
4) Koyakkan daun limau dan masukkan daun ketumbar dan tutup api.
5) Sedia untuk dihidangkan bersama telur dadar dan nasi panas.

Selamat mencuba!

Ingin tahu cara menggorang telur dadar ala warung Thai? Klik di sini.

No comments:

Post a Comment