Sunday 29 November 2015

Phad Kra Paw Ayam Original Thai


Masa Penyediaan: 15 minit

Bahan-bahan: 
Sukatan: 1-2 Orang Makan

200gm isi ayam- cincang kasar
4 ulas bawang putih- hiris kasar
3 biji cili kering- potong 1/2 inci
1 sudu besar minyak untuk menumis
1 sudu kecil sos tiram/ "oyster sauce"
1/2 sudu kecil kicap cair- saya guna kicap manis Jalen
1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil kicap pekat Jalen
1 genggam daun selasih/ "Thai holy basil"

Cara Penyediaan:
1) Panaskan minyak dalam kuali, masukkan cili kering dan bawang putih. Goreng sehingga bawang kekuningan.
2) Masukkan isi ayam cincang dan kacau sebati sehingga isi ayam betul-betul masak selama 2-3 minit. Sekiranya terlalu kering, renjiskan sedikit air.
3) Masukkan sos tiram. kicap cair, kicap pekat, gula dan kacau selama 30 saat.
4) Ambil daun selasih dan masukkan kedalam kuali tadi dan matikan api.
5) Sedia untuk dihidang bersama telur mata kerbau dan nasi panas.

Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment