Masa Penyediaan: 1 jam 30 minit
Bahan-bahan:
Sukatan: (3 orang)
500gm daging kambing- bersihkan dan potong kiub
1 biji bawang holland- potong dadu
1 batang lobak merah- belah 4
2 biji kentang- belah 4
1 sudu besar mentega
2 helai daun bay
5 sudu besar tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
1/2 kiub pati lembu
2 sudu makan tomato puri
lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
Thyme, rosemary, daun bay, basil, marojam, terragon (atau mana2 mixed Italian Herbs) secukup rasa
Air secukupnya
Cara Penyediaan:
1) Gaulkan daging bersama garam, lada hitam dan 2 sudu makan tepung gandum.
2) Dalam periuk, cairkan mentega. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang bertukar perang.
3) Ketepikan bawang (masih dalam periuk) masukkan daging dan masak sehingga keseluruhannya menjadi perang.
4) Masukkan lobak merah dan kentang, kemudian masukkan air, cukup untuk menenggelamkan bahan-bahan dalam periuk tadi. Renih atas api sederhana.
5) Selelepas 5minit, masukkan kiub lembu, tomato puri, Italian Herbs- saya gunakan daun bay, lada hitam & garam secukup rasa. Renih lagi selama 20 minit.
6) Bancuh baki tepung gandum & tepung jagung bersama 1/2 cawan air. Kemudian, campurkan kedalam periuk.
7) Teruskan merenih sehingga daging , kentang dan lobak merah betul-betul lembut dan empuk.
8) Sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan dengan roti perancis, pasta atau nasi.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment