Masa Penyediaan: 15 minit
Bahan-bahan:
1/4 bahagian sayur kobis putih dan ungu di sagat/ hiris/ cincang kasar
4-5 sudu besar mayonis
2 sudu besar jus lemon
1 batang lobak merah- parut kasar
1/4 cawan susu
1 sudu besar gula putih
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
Penyediaan:
1) Di dalam mangkuk, campurkan jus lemon, mayonis, garam, gula & susu. Kacau sebati.
2) Kemudian masukkan parutan kobis dan lobak.
3) Taburkan serbuk lada hitam dan garam. Gaulkan sehingga semua bahan sekata. Jika coleslow masih kering, tambahkan sedikit mayonis. Tetapi jangan terlalu banyak kerana setelah coleslow direhatkan, ia akan mengeluarkan sedikit airdari sayuran.
4) Sejukkan di dalam peti ais sebelum di hidang.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment