Tuesday, 19 July 2016
Lasagna Mudah dan sedap
Bahan:
1 sudu besar minyak zaitun (olive)
1 biji bawang holland (cincang dadu)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1kg daging cincang - saya guna Ramli burger
700g pes pasta tomato- saya guna Prego botol besar
1/4 cawan tomato puree
1 helai daun bay kering
375g kepingan lasagna segera -saya guna san remo
1 1/2 mozzarella parut
1/3 cawan parmesan cheese
Daun parsley/ ketumbar-cincang
Sos Putih/ Bechamel:
75g butter
1/2 caw tepung gandum
1 1/2 liter susu segar
3/4 cawan mozzarella parut
Cara Daging:
1) panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang holland sehingga wangi selama 5 minit sehingga lembut. Masukkan bawang putih. Kacau selama 1 minit sehingga naik bau.
2) Masukkan daging cincang dan gunakan senduk kayu untuk melerai2kan daging. Masak selama 8 minit sehingga kekuningan.
3) Masukkan pes Prego, tomato puree dan daun bay, gaul rata selama 25 minit atau sehingga sos pekat.
4) Keluarkan daun bay dan asingkan kedalam mangkuk. Sejukkan.
Cara Sos Putih:
1) Cairkan butter dalam periuk. Masukkan tepung gandum, kacau selama 2 minit sehingga adunan berbuih. Padamkan api.
2) Masukkan susu segar kedalam periuk tadi dan kacau sehingga sebati.
3) Panaskan semula dan kacau sehingga 5-6 minit supaya kuah putih berbuih dan pekat. Padamkan api.
4) masukkan mozzarella cheese dan gaul rata. Perasakan dengan garam & lada hitam.
Bakar:
1) Panaskan oven 180 deg. Sapukan mentega di sekeliling loyang bakar 23 x 32 x 6cm
2) Asingkan 1/2 kuah putih. Lapiskan kepingan lasagna di bahagian bawah mengikut size loyang.
3) Sendukan 1/3 adunan daging ke atas kepingan lasagna. Di ikuti dengan 1/3 kuah putih/ bechamel. Ulangi langkah tadi 2x.
4) Akhir sekali tutup lapisan sos putih/ bechamel dengan kepingan lasagna segera dan curahkan 1/2 kuah putih yang di asingkan tadi di atasnya.
5) Cover loyang dengan aluminium foil selama 30 minit.
6) Taburkan mozzarella dan parmesan cheese di atas lasagna tadi dan bakar semula selama 10 minit sehingga cheese cair dan kekuningan.
7) Hiaskan dengan daun parsley.
Siap untuk di hidang!
creadit to: http://www.taste.com.au/recipes/40827/best+ever+lasagne
Labels:
Pasta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment