Sunday 29 November 2015

Creamy Mushroom Soup ala Ikea


Masa penyediaan: 60min

Bahan-bahan:
200-300gm (lebih kurang 7-10 biji) cendawan butang size sederhana dihiris nipis
90gm butter
1 biji bawang Holland- dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih- diketuk
1.2 litre stok ayam (saya gunakan kiub ayam 1 ketul + 1.2 L air)
1 cawan susu segar
3 sudu besar tepung gandum
1 ranting parsli- sekiranya ada
Lada hitam

Penyediaan:
1) Panaskan butter di dalam periuk sederhana dan masukkan bawang besar dan bawang putih tadi. Goreng seketika sampai bawang layu dan jangan sampai bawang bertukar warna.
2) Kemudian masukkan cendawan butang yang dihiris nipis tadi dan kacau selama 2-3minit.
3) Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati. (Masukkan sedikit demi sedikit supaya tidak berketul)
4) Masukkan air dan kiub ayam tadi dan biarkan mendidih.
5) Selepas mendidih- ketepikan sup tadi dan biarkan sejuk seketika
6) Dengan menggunakan "Food Prosessor" atau "blender" hancurkan (blend) sup tadi sehingga sebati dan halus.
7) Masukkan kembali sup tadi ke dalam periuk dan masukkan susu dan biarkan mendidih dan pekat.
8) Selepas mendidih- matikan api dan sedia untuk dihidangkan.
9) Taburkan parsli dan "grind" lada hitam di atas sup. Sesuai dihidangkan bersama roti bawang putih (garlic bread)

Selamat mencuba!

Resepi Garlic Bread click di sini.

Sebagai rujukan, saya kongsi visual bahan-bahan yang saya gunakan untuk resepi mushroom soup 
di atas.





No comments:

Post a Comment