Beras mesti direndam 3 jam / semalaman sblm dimasak dan di toskan (Guna Basmathi)
4 pot beras
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cengkih
Buah Pelaga
Halia sebesar ibu jari kaki(blend)
5 ulas bawang besar(blend)
3 ulas bawang putih (blend)
1 labu bawang besar(potong dadu)
2 sudu susu pekat
2 sudu planta
1 ½ sudu minyak masak
1 biji buah tomato dipotong dadu
Pewarna Merah
Cara:
1.Masukkan 2 sudu besar planta dan 1 ½ sudu minyak masak dalam periuk
Cara:
1.Masukkan 2 sudu besar planta dan 1 ½ sudu minyak masak dalam periuk
2.Tumis rempah 4 sekawan, bahan kisar hingga naik bau. Masukkan air ikut sukatan beras (4 pot + 1 ½ pot extra air atau 5 cawan plastik ikea)
3.Masukkan sos tomato ½ senduk, susu pekat 2 sudu dalam air tadi dan tomato dipotong dadu.
4.Masukkan 2 sudu kecil garam, sedikit gula (optional) , daun pandan. Biar air mendidih. Rasa kuah secukup rasa baru masukkan beras yg ditoskan.
5.Apabila nasi masak, buka periuk dan masukkan pewarna merah sedikit di atas nasi dan tutup selama 5 minit dan baru gembur-gemburkan nasi (tak nak letak pun tak apa ini hanya untuk mencantikkan persembahan nasi sahaja)
Sesuai dimakan bersama papedom, acar timun, gulai@ kari daging atau ayam masak merah.
Klik link untuk resepi:
Acar Timun
Gulai Terengganu
Kari Daging
Ayam Masak Merah Bonda

No comments:
Post a Comment