Bahan Nasi Ayam:
Ayam 1 ekor - asing sedikit bahagian tulang untuk dibuat sup.
1 inci halia (Mayang)
3 ulas bawang putih (Mayang)
4 ulas bawang merah (Mayang)
1 sudu besar Majerin
1 helai Daun Pandan
2 sudu kecil Garam
Ulam:
Tomato
Salad
Timun
Cara:
1.Sukat air 4 1/2 pot dan lebihkan sedikit air utk sup, masukkan ayam, halia hempap. Didih smpai ayam masak.
2.Keluarkan ayam dalam bekas untuk di perap dan tutup api.
3.Basuh 3 pot beras masuk dlm periuk nasi.
4.Dalam kuali lain, masukkan bahan yang di mayang dan daun pandan. Tumis bahan mayang dgn majerin sampai naik bau. Masukkan bahan tumis dan daun pandan ke dalam periuk nasi.
5. Sukat 4 1/2 pot air didihan ayam ke dlm periuk nasi dan masukkan 2 sudu kecil garam. Masak nasi seperti biasa.
Ayam Perap Kicap
Bahan:
2 inci halia (ditumbuk)
Kicap manis
Garam
Cara:
Ayam yang dikeluarkan tadi digaulkan bersama kicap, halia dan sedikit garam. Perap 30min - 1 jam dan goreng sekejap shj sebab ayam dah masak.
Sup ayam
Lebihan air rebusan ayam tadi, perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun sup.

Sos Cili Nasi Ayam
Bahan:
4 biji cili merah (buang biji)
1 biji cili api
1 ulas bawang putih
1cm halia
1 biji cili api
1 ulas bawang putih
1cm halia
1 sudu kecil gula
2 sudu besar cuka
Secubit garam
Cara:
Blend semua bahan di atas. Lebihkan gula jika suka rasa manis.
Kuah Kicap Nasi Ayam
Sup Ayam + lebihan kicap perapan ayam (jangan terlalu banyak - rasa)
Sedia untuk dihidangkan bersama ulaman seperti tomato, salad dan timun.

yeaayy saya orang pertama komen tq sudi share respinya
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi mencuba.😊
DeleteMoga terus bagi resepi yaa...dan dan semoga diberikan pahala dgn ilmu yg telah dibagikan...
ReplyDeleteInsya Allah.. aamiin.. tq sis
Delete